Isnin, 12 April 2010

...mencari khabar iman....

Di hening subuh aku terjaga,
hatiku berbicara,,
"apa khabar imanku hari ini?"
hati yang lara memberitahu,,
imanku kini diambang kelemahan,,
kerana nafsu mengausai diri,,
iman menangis sendiri,,
disudut hati,,
kerna mengenang diri yang sudah hanyut,,
dibuai kesesatan duniawi..
Dihening subuh aku tersentak,,
dari lamunan mimpi,,
hatiku menagis sendiri,,
mengenang titik dosa yang menghitam,,
'ASTAGFIRRULAH HAL AZIM'
spontan lidahku menyebut nama ILLAHI,,
memohon keampunan dari siksa neraka berapi,,
lantas,,
sejadah ku bentangkan mengadap kiblat,,
solat sunat dua rakaat ku tunaikan,,
doa nasuha ku himpunkan,,
moga taubat diterima ILLAHI...
Hatiku berbicara lagi,,
"apa khabar imanku hari ini?"
iman menjawab,,
gandakan amalan,,
berdoa dan bertawakallah,,
nescaya "NUR" HIDAYAH makin terasa..
moga jauh dari kejahillan,,
ingatlah,, dirimu bak sebuah perahu,, muatannya bak imanmu,, layarnya bak usahamu yang tidak pernah mati...




Tiada ulasan: